Pada 25 September 2020, satu lagi hasil positif berjaya dicapai melalui perbincangan “Memorandum or Agreement (moa) for work based learning (wbl) education” antara PSM UMP dengan Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) untuk program Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Analitik Data UMP.
Pusat Sains Matematik (PSM) telah menganjurkan Program Klinik e-census 2020 dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Pahang. Program ini diadakan bagi memudahkan penjawat awam khususnya buat staf Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk membuat Pra Pendaftaran e-Census bagi perlaksanaan banci penduduk dan perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020).