Seminar My Local Stats & Sustainable Development Goals

Seminar My Local Stats & Sustainable Development Goals

Pusat Sains Matematik (PSM) dengan kerjasama Pusat Kecerdasan Buatan & Sains Data (Pusat Sains Data) telah menyertai program "Seminar My Local Stats & Sustainable Development Goals" bertarikh 21 Jun 2022 yang dihadiri oleh 11 orang pelajar dan 5 orang staf di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Program ini dianjurkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bersama-sama Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. Tujuan seminar ini  diadakan adalah bagi  menghebahkan berkaitan penerbitan Indikator SDG Malaysia 2020 dan My Local Stats 2020 serta meningkatkan literasi berkaitan statistik sosial dan SDG dikalangan pelajar universiti dan Jabatan/Agensi. Selain itu, seminar ini juga akan bertindak sebagai platform diskusi bagi membahaskan isu-isu serta cabaran penggunaan dan pembekalan data sosial dan SDG sehingga peringkat daerah. Antara aktiviti yang diadakan didalam program ini adalah Pembentangan Pencapaian SDG 2020 dan My Local Stat 2020, Forum bertemakan "Kebersamaan Keluarga Malaysia Ke Arah Kemampanan Negara" yang disampaikan oleh pihak SDG dan forum bertemakan "Merealisasikan Iltizam Pembangunan Inklusif Bertunjangkan Statistik" daripada pihak My Local Stat.
Image

Kami mewakili pelajar dan staf Universiti Malaysia Pahang ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengurusan DOSM dan UMT atas peluang yang diberikan bagi menghadiri program ini. Justeru, kami berharap melalui program ini, kami dapat lebih menghargai data yang diperolehi di samping secara tidak langsung dapat membantu mencapai matlamat SDG dan My Local Stat.

Image

Print   Email