Bengkel ‘Writing Bibliometric Analysis Paper for High Impact Journal’
Hits: 553
Unit Pengajian Siswazah & Penyelidikan Pusat Sains Matematik, UMPSA telah manganjurkan Bengkel ‘Writing Bibliometric Analysis Paper for High Impact Journal’ pada 3 Ogos 2023 di Hotel Megaview Kuantan. Peserta bengkel terdiri daripada pelajar program pascasiswazah penyelidikan dan mod campuran serta staf akademik PSM. Penceramah jemputan adalah Dr. Muhammad Ashraf bin Fauri@Fauzi, Pensyarah Fakulti Pengurusan Industri, UMPSA.
Bengkel ini memberi pendedahan berkaitan penulisan artikel berbentuk analisis bibliometric yang merangkumi Overview of the Bibliometric Methodology, Technique for Bibliometric Analysis, Data Collection for Bibliometric Analysis dan Bibliometric Analysis and Report Writing. Peserta bengkel perlu meneydiakan artikel berbentuk bibliometric bagi penghantaran penerbitan untuk tahun 2023. Penganjuran bengkel ini merupakan salah satu inisiatif bagi membantu pelajar pascasiswazah dan staf akademik PSM sekurang-kurangnya dapat menghasilkan satu (1) penerbitan berbentuk bibliometric analisis yang boleh diterbitkan dalam jurnal berindeks SCOPUS/ ISI.
Disediakan oleh: Prof. Madya Dr. Norhayati binti Rosli.