Bengkel Penambahbaikan Prosedur Kerja Pengajian Siswazah, Akademik dan Pentadbiran

Bengkel Penambahbaikan Prosedur Kerja Pengajian Siswazah, Akademik dan Pentadbiran

Pusat Sains Matematik (PSM), UMPSA telah mengadakan Bengkel Penambahbaikan Prosedur Kerja Pengajian Siswazah, Akademik dan Pentadbiran pada 1 – 2 Ogos di Hotel Grand Darul Makmur dengan penglibatan 37 staf akademik, pentadbiran dan teknikal PSM. Objektif bengkel adalah untuk membangunkan prosedur kerja yang belum ada dan meyemak kembali prosedur kerja yang telah wujud sama ada masih releven atau perlu penambahbaikan mengikut garis panduan pengajian siswazah, akademik dan pentadbiran yang digariskan oleh UMPSA.

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Ahli bengkel dipecahkan kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan Pengajian Siswazah & Penyelidikan, Kumpulan Akademik dan Kumpulan Pentadbiran. Setiap kumpulan perlu mengenal pasti proses kerja bagi unit yang berkaitan menyediakannya dalam tempoh bengkel diadakan. Proses kerja ini akan dimuatnaik di portal PSM bagi memastikan visibiliti dan kebolehcapaian maklumat kepada pemegang taruh PSM.  Usaha ini dapat mewujudkan ekosistem dan budaya kerja cemerlang melalui tadbir urus dan proses kerja yang jelas kearah peningkatan produktiviti dan mutu perkhidmatan akademik, penyelidikan dan pentadbiran di PSM.
 
Disediakan oleh: Prof. Madya Dr. Norhayati binti Rosli.

Print   Email