Perkongsian ilmu bagi subjek Data Science Programming I

Perkongsian ilmu bagi subjek Data Science Programming I

Satu sesi perkongsian ilmu bagi subjek Data Science Programming I telah diadakan pada 29 Disember 2020 secara dalam talian. Wakil industri iaitu En. Mohd Izhar Firdaus yang merupakan Head of Data Engineering Product Development di syarikat Abyres Holding Sdn. Bhd. telah dijemput untuk berkongsi mengenai ‘Real Applications of Python in Industries’. Sesi ini telah dihadiri oleh para pensyarah Pusat Sains Matematik, para pelajar Data Analytics Tahun 1 dan Tahun 2. Semoga program ini sedikit sebanyak dapat menyuntik minat para pelajar dalam menguasai pengaturcaraan Python dan sekaligus memberi motivasi kepada mereka untuk lebih berjaya di masa akan datang.
 
Jutaan terima kasih kepada semua yang hadir.
Image
Image

Print   Email